"Tak akan Melayu hilang di dunia"

"Tak akan Melayu hilang di dunia"

Monday, March 26, 2012

PANGLIMA MELAYU DULU Vs PANGLIMA MELAYU CYBER





http://www.kssgayong.com/2010/08/permohonan-lawatan-ke-kssg.html

Sunday, March 4, 2012

PUTRAJAYA RELATED




Sebelum ini ada yang tak pernah dengar nama DENGKIL,
Sebelum ini ada yang tak pernah dengar nama SEMENYIH,
Sebelum ini ada yang tak pernah dengar nama LABU,
Sebelum ini ada yang tak pernah dengar nama BANGI,

Sebelum ini ada yang jarang dengar nama KAJANG,
Sebelum ini ada yang jarang dengar nama SEPANG,
Sebelum ini ada yang jarang dengar nama PUCHONG,
Sebelum ini ada yang jarang dengar nama NILAI,

Sekarang, apabila kita sebut PUTRAJAYA, semua nama-nama tempat yang tersebut di atas muncul kerana jikalau hendak ke PUTRAJAYA kita mesti melalui tempat-tempat tersebut sekurang-kurangnya membaca nama-nama tempat tersebut di papantanda jalanraya.

Inilah yang disebutkan sebagai 'PUTRAJAYA RELATED' atau Kesinambungan daripada Kemajuan di PUTRAJAYA.

P.S:
Kampung Abu Bakar Baginda pun ada yang dah tahu di mana, ianya terletak sebelum anda sampai ke Gate 1, Putrajaya.

Saturday, March 3, 2012

KLIA -2


Belum pun kehebatan dan kekuatan KLIA 1 habis di ceritakan kepada pakcik dan makcik yang tinggal di Kampung Pulau Kerengga, Terengganu mahupun Kampung Tanjong Jerai, Grik Perak, kini muncul pula KLIA 2.

Kami berharap dengan adanya KLIA 2, dapatlah pakcik dan makcik daripada Kampung Permatang 3 Ringgit, Kepala Batas Pulau Pinang, Kampung Gandal Tepi Laut, Hulu Perak di Perak naik kapal terbang dan mengecapi kenikmatan kemakmuran di negara kita.

Harap tuan-tuan yang mampu, juga dapat membantu mereka yang tidak mampu.

Incinerator - Green Technology


Incenarator adalah proses pelupusan sampah terancang dan sistematik.

JEPUN tidak akan menggunakan sistem INCINERATOR ini jikalau sistem ini tidak bagus.

Incinerator dapat menjanakan tenaga elektrik.

Pengurusan sistem incinerator yang baik dapat memberikan pulangan yang baik kepada rakyat.

We are advanced in term of waste management now.

Friday, March 2, 2012

MALAY ARCHIPELAGO ~ THE GAP ANALYSIS


Kita sangat berbangga dengan menyebut 'Malay Archipelago'. Semenanjung Malaysia + Sabah + Sarawak juga adalah di dalam daerah Malay Archipelago.

Berapa ramaikah di antara kita yang mengenali orang Sabah dan Sarawak. Jikalau anda diminta untuk menyebutkan nama-nama mereka, berapa ramaikah yang anda boleh sebutkan?

Jikalau anda tidak mampu menyebut nama mereka, maka untuk memperakui bahawa anda juga adalah dari rumpun 'Malay Archipelago' ianya adalah agak memalukan.

Itu hanyalah pada sebutan nama-nama mereka, belum lagi ditanya tentang kaum bumiputera yang berada di sana seperti suku kaum iban, bajau, dayak, suluk, murut, bidayuh, kadazan dan sebagainya.

Dekatkanlah jurang yang tidak pernah didekatkan.

Let's study the 'Gap Analysis' and do something about it. Let's talk about that.

R&D and RDD



Sudah tiba masanya untuk syarikat-syarikat kecil di negara kita melibatkan diri mereka di dalam bidang R&D (Research & Development) dan RDD (Research, Design & Develop) R&D dan RDD boleh dipelopori di dalam bidang apa sahaja.

Malaysian are able to lead South East Asia in any industries. To lead or to JV (Joint Venture) in any R&D or RDD.

Sebuah syarikat di Jepun sudah membuat pengumuman untuk membina Lif ke Angkasa Lepas (ISS-International Space Station). Peranangan rapi sedang dilaksanakan.

Jangan terkejut jikalau fakta menyatakan bahawasanya suatu waktu dulu di negara kita ini terdapat 2 buah limbungan kapal yang terbesar di Asia Pasifik bagi membaikpulih kapal-kapal dagang yang belayar merentasi Selat Melaka. Satu di utara dan satu di selatan. Teknologi pembaikan dan pembuatan kapal itu telahpun dipelopori oleh orang Melayu pada suatu waktu dahulu.

MARA telah memulakannya kembali di Terengganu.

R&D dan RDD, Let's talk about it!

Friday, February 24, 2012

RARE EARTH - THE MARKET LEADER



The future Market Leader is the one who has lots of Rare Earth reserved.

Be ready for it! Please be careful and take full responsibility for any Rare Earth development.