"Tak akan Melayu hilang di dunia"

"Tak akan Melayu hilang di dunia"

Friday, March 2, 2012

MALAY ARCHIPELAGO ~ THE GAP ANALYSIS


Kita sangat berbangga dengan menyebut 'Malay Archipelago'. Semenanjung Malaysia + Sabah + Sarawak juga adalah di dalam daerah Malay Archipelago.

Berapa ramaikah di antara kita yang mengenali orang Sabah dan Sarawak. Jikalau anda diminta untuk menyebutkan nama-nama mereka, berapa ramaikah yang anda boleh sebutkan?

Jikalau anda tidak mampu menyebut nama mereka, maka untuk memperakui bahawa anda juga adalah dari rumpun 'Malay Archipelago' ianya adalah agak memalukan.

Itu hanyalah pada sebutan nama-nama mereka, belum lagi ditanya tentang kaum bumiputera yang berada di sana seperti suku kaum iban, bajau, dayak, suluk, murut, bidayuh, kadazan dan sebagainya.

Dekatkanlah jurang yang tidak pernah didekatkan.

Let's study the 'Gap Analysis' and do something about it. Let's talk about that.

R&D and RDD



Sudah tiba masanya untuk syarikat-syarikat kecil di negara kita melibatkan diri mereka di dalam bidang R&D (Research & Development) dan RDD (Research, Design & Develop) R&D dan RDD boleh dipelopori di dalam bidang apa sahaja.

Malaysian are able to lead South East Asia in any industries. To lead or to JV (Joint Venture) in any R&D or RDD.

Sebuah syarikat di Jepun sudah membuat pengumuman untuk membina Lif ke Angkasa Lepas (ISS-International Space Station). Peranangan rapi sedang dilaksanakan.

Jangan terkejut jikalau fakta menyatakan bahawasanya suatu waktu dulu di negara kita ini terdapat 2 buah limbungan kapal yang terbesar di Asia Pasifik bagi membaikpulih kapal-kapal dagang yang belayar merentasi Selat Melaka. Satu di utara dan satu di selatan. Teknologi pembaikan dan pembuatan kapal itu telahpun dipelopori oleh orang Melayu pada suatu waktu dahulu.

MARA telah memulakannya kembali di Terengganu.

R&D dan RDD, Let's talk about it!